Monday 23 January 2012

Keseronokan,keletihan dan kekejangan !

yeah!aku ambil masa sehari utk recover balik dari kepenatan yg melampau.Melibatkan sakit tengkuk,kekejangan otot-otot dan bengkak dan lebam yang boleh tahan sakitnya..well,dah nama pun pegi gig ! kalau setakat duduk berpeluk tubuh di belakang Crowd...baik takpayah datang gig..Opss,lupa..nanti make up dan dress up jadi comot dan tak lawa....HAHAHAHA!


21/1/2012
9am
Lokasi: KL Sentral


Sampai ke stesen bus.merayau-rayau dalam KL Sentral sambil cari 7 Eleven...niat nak beli rokok,ternampak lah susu Dutchlady Full Cream..arghhhh,aku dah mula rindu Hanie,padahal baru je seminit aku lepas texting dengan dia.terus grab itu Susu dan rokok,jumpa Arief Iqmal (hutch) dan shin,bassist band Cries For Proclaim.sembang-sembang bohong dengan mereka sambil gelak ketawa,terus ke food court dan berkumpul..then,tunggu bus dan terus naik..''yay ! sudah bergerak ! '' itu yang patut aku laungkan di mulut...tapi hampa ! dari Kl Sentral nak ke Rawang saja dah Jam.Jalan sesak nak mampus !aku dah kecewa dah...ambil makan masa yang lama untuk lepas dari kesesakan  lalu lintas tu...bila dah lepas,satu bus bersorak sakan...dan pemandu bus tu pun drive 'Like a Boss'...bukan main laju lagi dia drive..ingat bawak mini van kot hahaha...Petang baru lah sampai ke Ipoh,dalam keadaan hujan lebat....sejuk-sejuk stim kami di buat nya..

Jenguk-jenguk kat tempat gig tu..jumpa balik budak2 kedah yg arrange kan gig Musixx Event dekat Penang dulu...Aoz dan Anak mami dua orang tu,Mazni dan Yaya.biasalah lah,kalau dah jumpa dengan mereka,terutama dgn Yaya....sembang pasal pasemboq je lah kami...haha ! Uze bagi aku tag crew dan i'm free to go.Tapi sentiasa peka jugak,kalau2 Uze mintak aku tolong dia.Sebab aku nak juga balas budi dia sebab tolong aku.haishhh...payah nak dapat kawan macam tu...

Then,tiba-tiba guitarist dan bassist Chelation Intoxication tegur...huishhh,nak menjerit pulak aku dibuat nya.Rindu gila wehhh...last jumpa diorang pun tahun lepas.Well,kalau dah jumpa dengan budak kedah,tak sah kalau tak kena rokok daun.Kami pun sembang pakat riuh satu kampung...selepas semuanya berkumpul dan puas melepaskan rindu masing2,kami naik ke studio tempat bermulanya gig tersebut.Studio yang asalnya tempat maybe tempat jamming..dijadikan sebagai ruang untuk anak2 muda beraksi dengan alunan music pelbagai genre dan tarian.kami hanyut di arus dentuman drum serta riffing guitar yang keras lagi mengganas.Bagaikan di rasuk hantu,kami mengangguk kepala selaju yg boleh,merempuh sesama sendiri,terjun ke arah crowd yg sesak dengan puluhan manusia,mungkin mencapai ratusan anak2 muda yg menghadiri gig tersebut,segala masalah konflik hidup serta propaganda politik yg di hidangkan selama ini lenyap begitu saja.dan kami sukakan gaya hidup ini...selagi tidak merosakkan diri kami..insyallah

Akhirnya tamat sudah gig tu...aku dan mereka semua bertolak dari Ipoh ke KL Sentral semula dalam pukul 12 AM...tapi tersangkut dalam setengah jam sebab bus rosak untuk sementara.berkampung lah kejap di perhentian.Bila dah selesai semua,kami teruskan perjalanan.terasa jauh pulak dari Ipoh ke KL,sedangkan dulu kalau nak balik ke Tapah,rasanya tak sampai satu jam dah sampai.apa pun,kami sampai ke KL dalam pukul 7.00 AM..selamat dan puas dengan trip kali ini.alhamdulillah....

Sekali lagi hati aku gelisah...kalau selalu,setiap pagi aku dan Hanie on the phone kalau dia nak pegi kerja.Hari tu,pagi aku suram dan keletihan.dengan kaki yang luka2 akibat melecet,nak tak nak aku naik bus balik ke Sri Damansara dan berjalan kaki ke rumah...sampai di rumah,mandi dan terus tidur...haaaaaa akhirnya aku hanyut dalam pelukan bantal dan selimut..hahaha..tidur untuk sehari dan bangun,teruskan sisa hidup yg tak seberapa ni....


Thats all for today...bye ! *maaf,tiada gambar disertakan sekali* : p

No comments:

Post a Comment